jeles ke?
Friday July 10th 2009, 8:29 pm
Filed under: Uncategorized

masih bersekolah….tiap² hari duit saku mak dan ayah yg bekalkan. jika cikgu minta beli buku rujukan, mak n ayah juga jd mangsa minta duit. jika brg keperluan hbs…mak ayah jg jd mangsa….hehehe…(wan apa yg ko nk crt sbnrnye ni?) sbrlah….

tb² telefon berdering….wahhh true tone tuh. mesti telefon mahal tuh. spt yg di agak mmg btol, telefon siap ada kamera, bley dgr lagu, bley MMS dan lain² yg canggih lg. aku terfikir. mmg aku suke sgt fikir. aku ni dh keje, tp x mampu² lg nk beli telefon yg mcm tuh. die yg masih bersekolah atau yg masih belom bekerja sudah mampu memiliki telefon yg canggih mcm tuh. (jeles ke?)

jeles lah juga sbb kita sudah bekerja. ttp d sbbkan beberapa tanggungjwb lain yg perlu d utamakan lg, hasrat utk memiliki hp tu diamkan dulu. guna lah dulu telefon yg sedia ada. ttp sesetgh anak muda yg masih belajar skang? kalo kuarga mereka MAMPU x apa. ttp dlm situasi kuarga yg x MAMPU? septtnye mereka perlu memikirkan perkara² yg lebih ptg dl. hasrat itu simpan dulu. miliki nya apbl sudah MAMPU. ataupon gunalah perumpamaan…ukur baju d badan sendiri…

btollah perumpamaan…org² lama biasanya akan merasa kesusahan yg lebih dr org² muda. (ko x redha ke dgn qada’ dan qadar ko?). aku redha sbb ia menguatkan lg semangat aku. ttp knp org² muda skang susah d tegur dan susah d bentuk? hanya pikir mudah. phm hanya d mulut, bukan d hati.

(sebuah kisah benar)

Bookmark and Share


sy ingin pulang ke kelantan
Thursday July 09th 2009, 11:45 pm
Filed under: Uncategorized

sejak akhir² ma sll sakit. sbg anak jauh d perantauan, rasa risau, sedih, bimbang, trasa diri x berguna sll bermain² d kepala. pertama ma pitam kat pasar. kali kedua ma sakit sbb gastric n mebi ada batu karang. kali ketiga dan yg terbaru sehingga blog ini d tulis tgn kanan ma tak boleh menggenggam akibat dr terjatuh kat kedai. dan kesemuanya ma x pernah bgtau anak² die yg die skt. kalo tahu pon sbb kebetulan adik kat rumah n adik² akan inform kakak². keje sbg nurse…w/pon tdk sepintar doctor tp ma tahu penyakit² yg basic krn ma dah bekerja hampir 30 thn. jd amat sukar bg aku sukar utk menasihati nya utk buat medical chek up. nurse mmg degil. kak long n m.sue pondah menunjukkan ciri² kalo sakit, x pe lama² akan sembuh. no need to see the doctor. (nasib lah alya n ikah).

aku tahu tgn ma masih skt, tp ma x pernah crt. ma mmg x pernah crt die sakit. dan ma mmg x pernah mahu menyusahkan anak²nya. kalau ada mslh apa² ma hanya diam. hari ni ma kata nk pergi berurut lagi. yani pula akan balik ke sini esok. kusut aku pikir. pd ms ni aku rs nk balik ke kltn dan menetap kat sana sbb aku nk jg ma. dan sebtol²nya aku nak menetap trs d kltn. permudahkanlah jalan bagiku Ya Allah.

smlm tlpn m.yah. m.yah ckp mmg selama ni ma mmg dah berapa kuat. krn….selepas ma melahirkan k.long ke aku, kaki smpai paha ma bengkak² dan ma tak bekerja selama beberapa lama ntah. serius aku br tahu. trasa berdosa. krn selama ni sll buat ma kecik ati. pttlah ma syg sgt kat anak² die. aku berdoa agar aku dijauhi dr sikap lupa diri dan sikap seorg ibu blh mnjg 10 org anak, tp seorg anak blom tentu blh mnjg seorg ibu. aminnnn…

kpd kwn² yg tinggal bersama² keluarga, hargailah masa² anda itu krn ianya amat berharga.

Bookmark and Share


Istidraj
Wednesday July 08th 2009, 10:02 pm
Filed under: Uncategorized

kdg² sbg manusia kita sll rs x puas hati. org lain hdp sng walaupun x beribadat, pakai seksi tp sentiasa ceria mcm x de dugaan dlm hidup, sll buat maksiat tp rezeki sentiasa mencurah² dan mcm² lg. tp slps aku bc emel ini, aku sedar bhw aku jauh tersasar penilaian. aku x septtnye berfikiran begitu. krn Allah SWT tahu apa yg DIA aturkan dan lakukan kpd hamba²NYA. berdosanya aku krn telah menjadi hamba yg tdk bersyukur. trm kasih Ya Allah krn memberikan kesedaran kpd aku melalui emel ini. syukur aku dilahirkan sebagai Islam.

_________________________________________________________________________

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya “Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? “.

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorgindividu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolahrendah dulu.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.SebabnyaAllah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hamba Nya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besarlepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interestingarticle. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosadi Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT..”

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasasahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumurhidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, keretamewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun matijuga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, NabiSulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumitunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusofdan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya,mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku kekelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datangmencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyakdengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”  Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , diaakan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cubahendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalusakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-matijuga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Diabegitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkanseekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahajakena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-samahartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguanyang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangberbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidupini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masukmasjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orangyang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukanistidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidupkita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmatyang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnyatentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha danikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehiitu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kitauntuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

“Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..”

Bookmark and Share


sy suke mkn itu tp….
Wednesday July 08th 2009, 2:47 am
Filed under: Uncategorized

sejak akhir² sy rs nikmat makan sy telah d tarik sikit demi sedikit. nape sy ckp mcm tu? sbb apbl sy mkn kacang, lepas tu sy akan rs pening² mcm nk muntah. kalo sy mkn nasi byk² rs pening² smpai nk muntah jgak. pernah 2 hari sy x mkn nasi dan hanya makan meggi dan biskut. badan rs cergas dan x rasa nak muntah² dan pening². tiap² mlm kene minum susu, kalo x msti rs cm pening n nak muntah jgak.

ms menulis pon perut tgh sakit. tatau knp. lucnh td mkn mee bandung, lps ms nak kuar g KL beli jampu mkn dlm kete. then, otw balik trs rs pening. mebi mee bandung tu ada kacang kot. btol. mee bandung tu ada kacang…ptt laaaa. (dlm hal ni bukan mknn yg bersalah, tp aku yg x tau menilai mknn apa yg x seswai ngn aku. so wan zuraida lenkali silalah sayangi diri anda dan berpantang lah sblm anda di pantang seumur hidup)

Bookmark and Share


tak mau suke die
Monday July 06th 2009, 2:28 am
Filed under: Uncategorized

seminggu sudahh asyik dok terbayang wajah die. kata kenal, berckp pon x penah. tp rs suke sgt bile baca blog die. dr blog jd suke. aiyak x logik². tp kalo hati dh suke, nak wat cm ne.

“Ya Allah Ya Tuhanku aku suka sgt kat si*******, namun aku berharap Engkau dapat hilangkan lah perasaan ku terhadapnya. kerana amat sakit perasaan menyukai seseorg secara diam². aku sudah tidak mahu menanggung kesakitan menyukai org lagi. biarlah aku menyayangi org yg menyayangi aku apa adanya secara terang-terangan. Amin.”

Bookmark and Share


Fantasi Siti Melody….
Wednesday July 01st 2009, 11:47 pm
Filed under: Uncategorized

Siti Melody merupakan seorg bekas pelakon teater d UMP suatu tika dahulu. nama pon unik, seswai pula bidang yg d ceburinya. mungkin krn minat yg mndlm dlm bidang lakonan, aku dan snoodies yg lain sll d bw menjengah ke dunia fantasi nya. tp yg peliknye kami boleh layan je dunia fantasi melody. hehehehe…br² Nurhazirah mndpt tawaran melanjutkan pelajaran ke UTHM dlm bidang pendidikan. di situ juga Melody sempat mencipta fantasi indah nya bersama kami. dan spt biasa nama pon fantasi melody, tentulah crtnya byk nmpak Melody je dpt benefit. kami ni pule dlm fantasinya terpaksa pindah ke srwk, keje kat sbh dan lain lain. meh aku share sket fantasi melody…..hihihi (ms paste ni dh dpt kebenaran tau):

________________________________________________________________________

eh bila masa plak aku nk antar anak aku blaja jauh²?
wanzu bertemu jodoh org srwk, lalu resign engineer u-mobile ke maxis ke apa tu dan mengikut suami ke srwk lalu m’buka taska kat rumah dia sbg aktiviti sampingan dan menambah pendapatan keluarga. mujurlah rumah kami tidak begitu jauh, maka apabila aku dan suami keluar bekerja, anak kami dijaga dgn baik oleh umi wanzu (gedik anak aku ni, panggil wanzu umi, takpela, dah mmg wanzu tlg jaga dia..ehhehe).
cikgu keri plak, lepas je tamat blaja kat IPTAR, terus dpt posting kat sekolah kat kuching ni. kebetulan anak pearl ada yg sama umo ngan anak aku, pegi sekolah yg sama la mereka. kamceng pulak mereka. anak aku bila balik umah selalu cerita dia ngan anak auntie pearl tu suka main tangkap² binatang terbang² (aku tak tau nama..ala yg pearl takut tu, yg tu la). opposite plak anak pearl ni ngan emaknya. ikut gen bapak kot. hehe. ini menyebabkan mereka selalu dimarah oleh cikgu keri atas kenakalan mereka. cikgu keri garang woo katanya.
by the time anakku masuk sekolah menengah, kami sekeluarga pun mengikut ayah anak aku untuk berpindah ke selangor kerana ayah anak aku berpindah tpt kerja. tetiba jumpa cikgu hazirah kat sana. anakku ckp, wlupun cikgu hazirah best mengajar, tapi subjek lain yg cikgu hazirah tak ajar dia ada blur sikit. lalu aku hantar dia tuisyen dgn madam nadiah (hahah..gedik giler, cikgu tusyen panggil mcm ni plak,cikgu sekolah panggil cikgu je)
berkat didikan kwn² aku, anak aku berjaya menamatkan sekolah menengah dgn jayanya. lalu melanjutkan pengajian ke universiti..ala..jauhnya..kat UMS
tp syukur alhamdulillah, rupanya Puan Zakiah sudah jadi lecturer di UMS… ada la org tlg tgk² anak aku… hehhehehe..
sekian fantasi untuk hari ini. hahahahha..manala tau kan..
—————————————————————-
crtnye sweet je, tp myn x adil lah nape byk kt org dok kt srwk je. kiah tu nape smpai mngajar kat sabah? jauh nau dgn suaminye nanti.
aku terpikir kalolah mak mentua dlm crt kasim selamat tu bakal mak mertua melody aku dpt bayangkan mcm mn cara bakal suaminya mahu memperkenalkan melody kpd ibunya….
mak mertua: siapa itu melody? majestrit? lawyer? doktor?
bakal suami: errr die tu pelakon….
mak mertua: hah! pelakon yg ko mahu buat bini?
bakal suami: tp mak….
mak mertua: x de tapi² lg! mak x suka!
bakal suami: tp mak die berlakon sambilan je. keje sbnr die sbg engineer kat kilang kat srwk.
mak mertua: oh ye ke? kalo mcm tu bwk lah dtg ke rumah.
hehehehe….itu pule fantasi sy……sekian, terima kasih..hehehehehe
Bookmark and Share


wan zuraida sedang tertekan!
Monday June 29th 2009, 11:37 pm
Filed under: Uncategorized

Pilih kasih atau berat sebelah aka bias…..ms blaja dulu pelik nape madam (aku x igt nama madam ajar english for corporate) ajar dlm subjek tuh. rupe²nye apa yg di ajar dan ditekankan tu memang berlaku dlm bidang kerja.

bile berada di situasi ini rs malas nk pergi keje (septtnye x bley ckp mcm wan tu sbb keje itu satu ibadat dan pegi ke tmpt keje tu pon cm nk g wat ibadat) tp mmg itu yg aku alami skang. x happy. dan mcm² lg perasaan yg ada. (jd nk dok diam je kalo dh tau strees? baik x yah ckp kat org kalo stakat stress tp x de inisiatif nak hilangkan stress) ermmm skang aku mula mencari keje lain dgn secara serius. aku nak cari keje yg membolehkan apa yg ilmu aku blaja ms dulu blh d praktik kan dlm ms keje. dan keje aku buat lebih spesifik bknnye buat semua keje smpi aku x tau nak wat keje mn satu sbb terlmpau stress. jwtn sekadar nama, tp belakon pon aku wat. (wan ko x takut ke kalo org lain tgk n bc apa yg ko tulis?) set dlm diri takut pd ALLAH SWT je. jd kita akan jd brani lah.

sbb tu aku byk membela diri sdiri sbb kalo diri sdiri x bela kita, siapa lagi nk bela kita? dan aku rs serius nk buka bisnes skang. aku nk jd bos yg adil mcm en ALim, bos kak ros. aku x kenal lg siapa en Alim, tp dr crt² k.ros aku tahu en Alim baik ati dan suke tlg org. sbb tu lah rezekinya makin bertambah.

(skang stress dgn adik x nak masuk politeknik yg menyebabkan ma susah hati. stress ngn perangai adik² yg lain lg. stress ngn keadaan yg tgh stress. stress ngn keje. byk stress sgt². jd aku luahkan kat ko blog. harap² ko x stress ngn mslh aku lak ek. anggap je mcm aku tgh membuang masalah aku dlm longkang. [hamboi² wan...aku ni longkang lah]. erk…!)

Bookmark and Share


snoodies sy rindui kamua (kamu+semua)
Monday June 29th 2009, 3:00 am
Filed under: Uncategorized

semlm tdo dgn sedih. bgn dgn sedih. dtg keje dgn sedih. dan mmg ada brt sedih menanti. nak senyum pon rs susah. bertalu-talu perkara yg menyesakkan pikiran dtg. rs mcm nk buang kejap otak ni, pastu nk rileks barang sedua minit. (tp kalo buang otak, dh jd mcm org x btol lah)

sbb nye knp? byk sgt. (jd apa ko buat nk kasi ilang stress wan?)

ermmm aku x wat apa², aku cume cit cat ngn snoodies yg sy sayang (rindu kat korang semua! ini series!)…osmate…kwn²….my family jarang² sbb x nak kasi deme² makin risau. sbb anak dok jauh.

tp kan aku sll stress psl org. suke sgt amik berat hal org smpai hal sdiri pon terabai…byk sgt perkara yg aku sedih. nak aku listkan? bl aku free lah aku listkan. skang aku rs hati x tenang. (sbb byk wat dosa kut). jd kene tenangkan hati dl…br bley berfikir ngn waras.

mode skang…..sy amat merindui snoodies dan saat² bersama snoodies. miss you so much!

Bookmark and Share


aku cuba untuk letak icon buat kali ke 2 !
Friday June 26th 2009, 7:51 pm
Filed under: Uncategorized

sy cb lagi menguploadkan icon yg d beri oleh zira. ntah berjaya atau tidak.

tp x kan stakat nk letak icon tanpa wat apa². jd sy cb gmbrkan apa yg terlintas d fikiran melalui icon yg sy letak.

mcm wat exersais pinggang

melompat sbb exsaited (bakukan bhs inggeris. kakaka)

betul² kan pinggang lps lama dok atas kusi

menari rap ala tradisional

org kata apa² pon wat bodow jek. (skt ati aku org mcm ni)

dpt surat cinta….wahhhhh syok nye….

terbang dlm tidor….eja tidor tu TIDOR ke TIDUR? dah lupe

Click Me! terbayang….kan bgs kalo zira n mello sukekan kucing mcm icon tuh….hihihihi

punca selsema babi, influenza A atau H1N1

dahi menangis….hehehe (mksdnye berpeluh lah tuh)

org² tue kata kalo kene patuk ular nti ada org nak masuk meminang. sll je mimpi cm tu, tp x de pon org masuk meminang.

x tau nape terbayangkan nut

http://virtualfriends.net/smiley/5.gif terbayangkan pel bangun tdo waktu pagi. “nape…?” dgn suara mulusnye

cm terbayangkan art kalo tgh geram dan buntu dlm wat ssuatu bnde

itu je lah icon² utk penulisan aku kali ni (cet ayat skema wan). aku nk test je dpt ke x….

BTW zira…..     (kalo kuar icon ni, korang tahu apa yg aku ckp)

(kalo x kuar gak kali ni, mls dh aku nk men² test letak icon. aku sudah berputus asa! hahaha)

Bookmark and Share


test icon sambil bercerita….
Thursday June 25th 2009, 9:49 pm
Filed under: Uncategorized

haii sy wan…. sbnrnye aku x der topik apa² hari ni. cume nk test kuar x icon² ni kat blog aku. (br blaja taruk icon, trs trang aku mmg agak jakun psl IT ni.)

baik aku wat crt smbil letak icon kan?

wan seorg bdk yg baik. (maaflah, naik lif tekan sdiri). die selalu pergi kerja pd pukul 8.30 pg….dan balik keje pd pukul 6 ptg. kehidupannya amat ringkas sekali. krn tiap² hari itu shj aktivitinye. pd waktu mlm beliau biasanya akan sembang² bersama osmate nye d meja. sambil bergelak tawa.

namun semlm…. beliau berasa amat terharu krn semua osmate nye menunggu beliau d muka pintu bilik air krn hampir 1 jam die berada d dlm bilik air. beliau memikirkan mesti osmatenye risau krn beliau terlalu lama dlm bilik air krn jrg skali die berada dlm bilik selama itu. dgn air mata bergenang di birai mata….die ingin bertanya. namun tb² k.ili mendahului kata²nya….

” wan Iso doh. lamo dok dlm bilik air”

erkkkk….wan malu sdiri. rupe² osmate beliau sedang tunggu turn utk ambil wuduk. hahahaha….lalu dgn muke tebal seratus meter beliau terus ke biliknya utk solat dan menghilangkan rs malu.

(smg lepas icon² nih)

Bookmark and Share